Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
HomeMasjid Taman Sri Pulai PerdanaApr 18, 2008




Selamat Datang Ke
Laman Web
Masjid Taman Sri Pulai Perdana
81110 Johor Bahru

Photo AlbumGaleri Foto SetamanJan 10, 2010
ddd
dThumbnaild
ddd
Kenduri Noor al-Anuar
33 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Ibadah Qurban 1430H
125 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
'Idul-Adhha 1430H
8 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Majlis 'Idul-Fitri di Central Park
12 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Maulidur-Rasul 1429 (1)
60 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Hari Asyura 1429
41 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Sambutan Idul-Fitri 1428 (1)
42 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Sambutan Idul-Adhha 1428 (1)
20 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
Pemasyhuran Solat Jumaat
65 Photos

   View All
Blog EntryCorat-coret Qaryah KitaSep 5, 2008
From:      Lotfi al-Fikri < lotfialfikri@gmail.com > To:          Qaryah Masjid TSPP < masjidTSPP@yahoogroups.com > Date:      Sun, Aug... more
Previous blog entries:
Sep 5-Jadual Penyediaan Berbuka dan Moreh
Aug 20-Jadual Berbuka dan Imsak Johor Ramadhan 1429
Aug 9-Jadual Solat Bulan Ogos 2008
   View All
NoteKomen dan Cadangan
   
fairuddin76 wrote on Nov 7, '11, edited on Nov 7, '11
As salam utk semua penduduk Taman Sri Pulai Perdana.. Saya bercadang untuk menyediakan Wifi Hotspot percuma untuk semua penduduk taman ini dan jika sambutan menggalakkan insyaAllah sy akan teruskan usaha ini untuk kemudahan kita bersama.. ada sokongan, pendapat atau idea bernas boleh kemukakan kita bincang bersama.. post ini juga sy ada usulkan di Facebook Taman Sri Pulai Perdana, terima kasih.
meekhalis wrote on May 17, '11
Assalamualaikum.....
Tahniah ajk masjid dapat mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti, saya sangat kagum dengan ahli khariah yang dapat menjayakan aktiviti, masih teringat masa saya menyewa di TSPP tahun 2006-2008.... semua itu satu kenangan yang indah
azmanendin wrote on Apr 26, '11
Assalamualaikum
Dgn adanya website ini, jalinan silaturrahim dapat dihubungkan tanpa batasan bagi manfaat semua. Sebagai seorang perunding Takaful, melalui ruangan ini dapat saya memberikan sedikit kefahaman tentang sistem Takaful yang selama ini dipandang sekadar insurans islam dan pampasan kewangan. Namun hikmah yang tersirat jauh lebih baik dan lebih utama, lebih besar dan lebih kekal, lebih seimbang dan lebih sepadu. Bagaimana untuk kita mendapatkan natijah yang maksima dari setiap sen dari caruman yang dibayar, memerlukan kepada ilmu.
Sila layari: http://hikmahmytakaful.blogspot.com/
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
e-mel: azmantm@yahoo.com
fb: azman endin
hp: 012-7665860
hjarmy58 wrote on Mar 26, '11
Semoga website ini dapat dimanafati dan diaktifkan penggunaannya oleh sekelian penduduk TSPP khususnya. Jika boleh, di harap agar web maste dapat membenarkan pengunjung memasukkan gambar-gambar bagi mengimarahkan web ini.
hjarmy58 wrote on Mar 26, '11
Assalamualaikum,
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ALLAH Subhanahuwataala diatas kurniaannya maka Qariah TSPP telah memperolihi kelulusan peruntukkan Pembinaan Masjid Baru TSPP sebanyak 2.5 Juta dari TPM. Pengumuman telah di sampaikan oleh YB Dato Haji Abd Aziz Sapian, ADUN Nusajaya di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid TSPP 1432 yang telah diadakan pada pagi ini 26 Mac, 2011 (21 Rabi'ulakhir 1432). Alhamdulillah dan semoga proses pembinaan dapat di segerakan dan dapat di maafaatkan lagi oleh sekelian qariah Taman ini, insyllah.
drzin2000 wrote on Oct 24, '10
Assalamualaikum
Untuk maklumat terdahulu dan terkini konvoi Aqsa2Gaza / VP-5 layari http://aqsa2gaza.blogspot.com dan facebook drzin2000@yahoo.com
drzin2000 wrote on Oct 24, '10
Assalamualaikum, Pengerusi, imam2, j.kuasa kariah dan ahli jamaah...
Terima kasih dan jazakumullahikhairan di atas sokongan dan dokongan semua terhadap usaha-usaha membantu rakyat Palestin. Juga t. kasih di atas sumbangan yang dihulur melalui konvoi Aqsa2Gaza dipagi Eid-ul Fitri Mubarak yang lalu. Saya sudah bawa sumbangan tersebut dan serahkan kepada wakil NGo di gaza semalam dalam lawatan ke sebuah sekolah yang dhoif. Hari ini hari ke tiga saya di Gaza dan benar-benar sedih kerana dikehendakki meninggalkan tanah bertuah ini sebelumpun saya dapat menjelajah beberapa tempat lagi di kawasan Gaza ini. Namun saya tetap bersyukur di atas anugerah ALlah kepada saya sebagai salah seorang ahli kariah Masjid Taman Sri Pulai Perdana. Semoga sokongan dan dokongan kita semua kepada Palestin, kehidupan kita yang sementara diberkati Allah swt. Sekian Wassalam. Mohd Zin Kandar Jln 8/2.
mzulfaqar wrote on May 17, '10
assalamualaikum warga tspp.saya memohon agar peta masjid diletakkan di sini kerana pihak sekolah mengarahkan kami(pelajar)menyelitkan peta masjid kita didalam kerja kursus sekolah.
ainon5 wrote on Dec 14, '09
Assalamualaikum,

Kami ada membuat sewaan bufe iaitu Tray (10 set),Cawan (200), pinggan (200), Tamos (2), Seduk (10) & Juk pelastik (10) = sewaannya hanya RM100 shj.. Sesiapa yang hendak sewa sedikit pun boleh, contoh = sewa hanya tray (3 set) hanyalah RM15.00 shj. Sesiapa yang berhajat sila hubungi:
Pn. Ainon
H/P: 013-7701143
Alamat: No. 5, Jln. Pulai Perdana 3/10
Taman Sri Pulai Perdana

Sekian, Wassalam.
ainon5 wrote on Dec 13, '09
Assamualaikum pada semua TSPP,

AJK HELWA menjemput kaum hawa ke Majlis Yasin dan Awal Muharram jadualnya seperti berikut:

Program Awal Muharam - Tarikh: 17/12/2009 (Khamis)
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid Taman Sri Pulai Perdana

Majlis Yasin & Doa Selamat (akikah) - Tarikh: 18/12/2009 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat:No. 32, Jln. Pualai Perdana 2/2

Majlis Yasin & Doa Selamat (Marhaban) - Tarikh: 18/12/2009 (Jumaat)
Pn. Laily Masa: 7.50 malam (Wanita)
Masa. Lepas Isyak (Lelaki)
Tempat: No. 91, Jln. Pulai Perdana 8/3

Semua dijemput ke Majlis tersebut. Sekian. Wassalam

Dari : Ainon Mazanah Salleh
No. 5, Jln. Pulai Perdana 3/10
Taman Sri Pulai Perdana
H/P: 013-7701143
ainon5 wrote on Dec 9, '09
Assalamualaikum,

PROGRAM HELWA

Semua dijemput ke Masjid Taman Sri Pulai Perdana bagi Program Sakinah dengan Tajuk- Pengurusan Jenazah. Pada 13/12/2009 (Ahad), jam 2.00 petang.
- Pada 12/12/2009 (Sabtu) - Majlis Yasin dan Doa Selamat.
Masa: 8.00 malam, Dirumah Pn.Syarifah di alamat No.44, Jln. PP 9/9.
iifsosec wrote on Jun 4, '09
AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03-89267019 Fax : 03-89259963 E-mel : alquds3@streamyx.com

Web : http://www.amanpalestin.org/
: http://www.amanpalestinjohor.blogspot.com/


Rujukan kami : AMANPALJ/MASJID/TPP Johor 01/03/05(01)
Tarikh : 5 Jun 2009 / 11 Jamadilakhir 1430H

KEPADA :

Ustaz Dr. Azhar
Masjid Taman Pulai Perdana
81100 Skudai
Johor Bahru, Johor.

Assalamualaikum wmt. wbt

Tuan,

MAKLUMAN DAN PENGESAHAN BAGI KUTIPAN DERMA TABUNG AMAN PALESTIN

Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Aman Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin. Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan pada 3 Januari 2006.

3. Semenjak Aman Palestin ditubuhkan sehingga sekarang, pihak kami telah berjaya menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin sama ada yang berada di perkhemahan pelarian Palestin di luar mahupun dalam Palestin. Bantuan ini disalurkan kepada rakyat Palestin dengan kerjasama secara langsung dengan badan-badan kebajikan yang berpusat di Beirut, Lubnan dan di Palestin sendiri. Kesemua bantuan yang disalurkan ini adalah hasil dari kutipan derma yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.


4. Selain itu, Aman Palestin Malaysia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman kepada masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin dan Zionisme secara berterusan. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat bermula dari peringkat akar umbi lagi diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang sangat erat di dalam menangani isu ini. Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, dari semua dimensi dan aspek sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

5. Kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru. Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya. Benarkah zionis telah hampir berjaya? Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.

6. Perbicaaran isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia. Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam. Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun dahulu ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan. Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

7. Sehubungan dengan itu, pihak kami memaklumkan dan mengesahkan bahawa Kutipan Derma yang telah dijalankan dengan kerjasama pihak tuan pada tempoh hari adalah berjumlah RM2901.30.

8. Pihak kami amat berharap pihak tuan sudi pada masa akan datang untuk memberi jemputan kepada pihak kami untuk mengadakan pelbagai program kerjasama seperti Seminar, Ceramah, Forum, Pameran, Majlis Makan Malam, Hi-Tea, Hari Al-Quds Sedunia, Festival Nasyid, Karnival Palestin dan program atau aktiviti lain yang berkaitan dengan Isu Palestin dan Zionisme Sedunia.

9. Pihak kami berharap agar kerjasama daripada pihak tuan dapat dipanjangkan ke masa hadapan dan kami mendoakan semoga segala jasa baik dan amal bakti pihak tuan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah S.W.T. dan ucapkan ribuan terima kasih.



Sekian, terima kasih.



Yang Benar,


…………………………………………….
(MOHD FAUZI BIN ABD HAMID)
Pegawai Operasi,
Aman Palestin Berhad (719871K)
Negeri Johor.
019-672 4430

s.k Pengerusi Aman Palestin Johor


anafee wrote on Jan 4, '09
salam.......
tahniah atas wujudnya website nie.......
saya berharap website nie dapat d manfaatkan secara meluas dan d'tambahkn function nye..........
sebagai umat islam hendak lah kite bersatu padu.......
wujudnya website nie mudah untuk kira mengetahui informasi terkinie.........
sy berharap website nie dpt dperluaskn tentang kewujudannya......wasalam
yurazak wrote on Sep 30, '08
Assalamualaikum,

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Minail Aidil Walfaizin kepada semua Jawatankuasa Pentadbir Masjid TSPP serta Qariah TSPP, semoga kita semua di limpahkan rahmat serta nikmat dan kesejahteraan dari Allah Subhanahuwataala.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar laman web ini di aktifkan penggunaannya oleh semua qariah dengan menyediakan ruang daftar keahlian dan juga informasi terkini Masjid. Dengan cara ini saya percaya laman ini akan menjadi penghubung utama Masjid TSPP dengan qariah tempatan.

Sekian.

Dari kami sekeluarga,
Haji Ab Razak Bin Md. Yusoff
Hajjah Foziah Binti Kasim
Muhammad Shahrir Bin Ab. Razak
Muhammad Nurhafiz Bin Ab. Razak
Nurulfatin Nafisah Binti Ab Razak
Nur Anati Syakireen binti Ab. Razak
Muhammad Farhan Bin Ab Razak
Tel : 013-730-5899, 019-776-3058 & Fax/Phone 07-554-2899,
No. 9, Jalan Pulai Perdana 4/2
Taman Sri Pulai Perdana,
81110 JB
Email : yurazak58@gmail.com atau nurfamura@gmail.com
meekhalis wrote on May 10, '08
Assalamualaiku....
Saya akan bertugas di utara tanah air pada bulan jun nanti....
Saya harap dapat dijadikan Masjid Taman Seri Pulai Perdana sebagai contoh untuk membangunkan umah di tempat baru nanti. Insyaallah apa yang baik kita panjang-panjangkan semoga menjadi amal jariah untuk masa hadapan...
masjidtspp wrote on Apr 26, '08
Assalamu 'alaykum wr wb!

Senarai AJK Masjid sepenuhnya telah dikemaskinikan untuk makluman semua.

Juga, alamat e-mel dan nombor telefon Setiausaha Masjid, sdr Tajuddin, telah dipaparkan.
meekhalis wrote on Apr 25, '08
Tahniah kepada ahli jawatankuasa MTSPP kerana berjaya mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang dapat membengunkan ummah di TSPP. Saya rasa amat rugi sekali kerana terpaksa meninggalkan taman ini bulan hadapan, namun saya berbangga sempat juga 2 tahun menjadi sebahagian jemaah disini.